Bekalan darah di Kedah,Perlis kritikal perlu bantuan orang ramai

Bekalan darah di Kedah,Perlis kritikal perlu bantuan orang ramai

Jabatan Kesihatan Kedah menyeru orang ramai untuk menderma darah ekoran stok bekalan darah di Kedah dan Perlis semakin kritikal.

Pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail berkata setakat ini stok bekalan darah berada di paras bawah 500 pain berikutan penggunaannya yang meningkat sepanjang Aidilfitri lalu bagi menampung pesakit kes kemalangan jalan raya.

Beliau berkata kumpulan darah yang kritikal adalah kumpulan dan kumpulan B dan pihaknya memerlukan lebih 800 pain bagi memastikan stok bekalan darah dalam keadaan stabil.

Untuk meningkatkan kutipan, Pusat Darah Wilayah Utara (PDWU) serta tabung darah di seluruh hospital kerajaan menggiatkan usaha mengumpul bekalan darah menerusi program pendermaan darah, katanya dalam satu kenyataan.

Terdapat sembilan buah hospital di Kedah dan satu di Perlis yang memerlukan darah.

Orang ramai boleh berkunjung ke Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Kedah dan di Perlis di Hospital Tunku Fauziah, Kangar untuk menderma darah.

Maklumat kempen derma darah boleh dibuat melalui Facebook ‘Derma Darah’ Kedah/Perlis atau menghubungi talian 04-7746051 (Unit PRO PDWU), 04-4457371Â (HSAH) atau 04-4272733 sambungan 3123Â (Hospital Kulim).

TAGS