Bekas aktivis Abd Hamid Aziz meninggal dunia

Bekas aktivis Abd Hamid Aziz meninggal dunia

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bekas aktivis kerja-kerja Islam di Kelantan, Abd Hamid Aziz meninggal dunia malam tadi di kediamannya di Kampung But, Ketereh.

Beliau yang kini penolong pengurus PMBK Sawit dimasukkan ke hospital dua minggu lalu kerana serangan jantung.

Hujung minggu lalu beliau dibawa pulang ke rumah.

Abd Hamid yang seangkatan Datuk Husam Musa adalah petugas sepenuh masa Pas sejak awal 80-an sebaik menamatkan pengajian di Indonesia.

Sebaik kemenangan Pas tahun 1990 beliau dan Husam adalah dua pegawai yang mula-mula menyertai kerajaan.

Husam dilantik sebagai setiausaha akhbar dan beliau sebagai pegawai seranta di kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau dilantik sebagai penyelia Dun Tendong selepas BN memenangi kerusi berkenaan pada tahun 2004.

Hamid menyertai PMBK Sawit Sdn Bhd sebaik ditubuhkan.

TAGS