Bekas senator, ketua muslimat Pas Terengganu meninggal dunia

Bekas senator, ketua muslimat Pas Terengganu meninggal dunia

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Ketua Muslimat PAS Terengganu Safinah Jusoh, 65, meninggal dunia jam 10.15 pagi tadi akibat barah payu dara.

Beliau yang pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara semasa pemerintahan Kerajaan PAS Terengganu berada dalam keadaan koma kira-kira seminggu, lapor Harakahdaily.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Jamek Tok Jiring, selepas solat Asar petang ini.

Beliau dilahirkan di Kampung Darat Batu Rakit dan sebelum dilantik menjadi Senator ialah Bendahari Muassasah Islamiah Berakan dan salah seorang pengasas Institut Berakan, Kuala Terengganu.

Allahyarham pernah menyandang Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu dan menumpukan kerja-kerja muslimat di Dun Batu Rakit, sebagai Naib Ketua Muslimat Dun Batu Rakit.

Beliau menetap di 2535 Kampung Paya Datu, Manir, Kuala Terengganu dan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara bagi Negeri Terengganu dari 23 Disember 1999 hingga 22 Disember 2002.

Pelantikan beliau dicadangkan Almarhum Datuk Harun Taib selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah pada sidang Dun Terengganu di Wisma Darul Iman.

TAGS