Bekas tahanan ISA, Jamal Azhari meninggal di hospital Manila

Bekas tahanan ISA, Jamal Azhari meninggal di hospital Manila

Bekas tahanan ISA yang lama dikurung di Kamunting, yang kemudiannya dipindahkan ke penjara Manila, Gulam Mundus @ Jamal Azahari bt Fatmah Malban meninggal dunia malam tadi di hospital Manila.

Menurut bekas ketua pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang banyak membantu keluarga ini, isteri Jamal Azahari dan kebanyakan anak-anaknya tidak sempat berjumpa buat kali terakhir dengan Jamal.

Lutfi bergambar dengan keluarga Jamal Azhari di depan rumah baru mereka yang dibina hasil sumbangan pembaca Harakah.Hanya dua anak perempuannya berada di hospital selepas lama menyantunnya di hospital dan penjara.

Lutfi yang rapat dengan keluarga almarhum yang menetap di Sandakan telah beberapa kali berkunjung ke sana, menziarahi keluarga yang serba kekurangan itu.

Atas sumbangan pembaca Harakah, katanya, hampir RM50,000 diserahkan kepada keluarga ini untuk membina rumah baru mereka.

Moga Allah mengampuni dan mencucuri rahmat buat Almarhum Jamal, serta dikurniakan ketabahan buat keluarga yang ditinggalkan.

TAGS