Benar pemimpin hadir bukan bermaksud sokong deklarasi – Ketua Penerangan Pas

Benar pemimpin hadir bukan bermaksud sokong deklarasi – Ketua Penerangan Pas

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pas masih mengkaji sama ada Deklarasi Rakyat yang ditandatangani 4 Mac lalu memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara atau sebaliknya.

Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan berkata, PAS mempunyai pendirian yang jelas bahawa perdana menteri mesti ditukar melalui proses demokrasi.

“Keputusan parti jelas bahawa kita mempunyai pendirian kita sendiri dan kita tak terikat dengan mana-mana pihak sama ada gerakan dari Dr Mahathir, itu hak mereka.

“Mengenai deklarasi, perlu mengkaji dan memilai kalau baik untuk rakyat dan tak mengapa kalau bentuknya berbeza dengan pendirian PAS kita akan bantah,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Temerloh itu juga menegaskan, tindakan Pas membenarkan empat anggotanya menghadiri majlis menandatangani deklarasi itu tidak bermakna Pas menyokong deklarasi.

Justeru katanya tidak ada sebarang tindakan akan dikenakan ke atas ketiga mereka iaitu Datuk Mustafa Ali, Datuk Mahfuz Omar Datuk Husam Musa dan Datuk Khairuddin Aman Razali.

“Anggota Pas yang hadir deklarasi dengan izin presiden parti untuk mengambil maklumat dan juga mengetahui secara dekat gerakan apa yang dilakukan.

“Menandatangani deklarasi itu inisiatif mereka dan kami tak nyatakan itu sebagai kesalahan sebab pergi secara peribadi dan majlis tak memberi kemudaratan kepada parti.

“Membenarkan mereka hadir bukan bermaksud bersetuju dengan deklarasi,” tegasnya.

TAGS