Beri sokongan SPRM buka semula siasatan 1MDB

Beri sokongan SPRM buka semula siasatan 1MDB

Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan rakyat agar tidak lupa terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan kesungguhan dalam menyiasat kes berprofil tinggi mutakhir ini.

Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan rakyat agar tidak lupa terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan kesungguhan dalam menyiasat kes berprofil tinggi mutakhir ini.

Sebaliknya kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, rakyat mesti terus memberikan sokongan kepada SPRM supaya dapat membuka semula kes 1MDB berikutan penemuan bukti-bukti baru dari negara-negara yang terlibat menyimpan sebahagian dari jumlah wang negara yang diselewengkan.

Sambil merakam rasa kagum atas kesungguhan dan keberanian SPRM untuk terus bertindak dan menyiasat kes-kes yang dianggap berprofil tinggi, Salahuddin berkata ia adalah satu bukti bahawa SPRM sememangnya memiliki keupayaan dan kepakaran tinggi dalam bidang kuasa yang diperuntukkan.

“Namun begitu, perhatian rakyat tidak akan mudah dilalaikan dan dipesongkan dari isu 1MDB yang menjadi kayu ukur kepada runtuhnya imej negara di mata dunia.

“Amanah sekali lagi memperingatkan rakyat supaya jangan terlalu mudah terhibur dan terpesong dengan kesungguhan tindakan SPRM mutakhir ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, beberapa kes tangkapan terhadap ‘jerung besar’ termasuk kes terbaru rampasan beberapa dokumen penting di pejabat Ketua Menteri Melaka adalah antara contoh bagaimana SPRM mampu bertindak atas kapasiti yang dimiliki oleh mereka.

Semalam SPRM dilapor merampas dokumen-dokumen daripada Pejabat Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dalam lawatan mengejut.

Ketua menteri juga disoal siasat dalam serbuan empat jam semalam, lapor New Straits Times.

Badan anti-rasuah itu membawa pulang “beberapa kotak” bukti bagi membantu siasatan terhadap penjawat awam yang “mempunyai kaitan dengan pejabat ketua menteri.

TAGS