Beriadah di Tasek Biru Kundang

Beriadah di Tasek Biru Kundang

LENSA mencadangkan warga Lembah Kelang yang dahagakan tempat-tempat untuk berekreasi hujung minggu supaya cuba-cuba mengunjungi Tasek Biru Kundang yang letaknya tidak jauh dari kotaraya Kuala Lumpur. Kawasan riadah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ini terletak di Kampung Setia, 30 kilometer dari bandaraya. Ia begitu nyaman, menarik, bersih dan dijaga dengan baik.

Untuk anak-anak muda yang berminat menceburi aktiviti sukan air khususnya jetsport, ia tempat yang rasanya sesuai kerana kunjungan LENSA mendapati ramai anak-anak muda melibatkan diri dengan sukan ini di sini terutama pada hujung minggu. Selain itu ada juga yang bersiar-siar menaiki bot, dan tidak lupa aktivi memancing serta menangkap ikan di tasik berkenaan.

Ia juga merupakan destinasi yang baik untuk seisi keluarga berehat, ambil angin sambil beriadah di tepi tasik ini.

Tasek Biru dahulunya merupakan kawasan lombong bijih yang kemudiannya selepas aktiviti melombong di situ tidak lagi beroperasi, pihak MPS menjadikan kawasan itu sebagai kawasan rekreasi sekali gus sebagai destinasi pelancong sama ada pelancong dalam negeri atau asing.

Penunggang jetsport melintasi di hadapan sekumpulan pemancing.

Meluncur laju di atas permukaan air tasik.

Pemilik jetsport ini meluncur dengan yakin.

Memancing ikan talapia.

Orang ramai tidak melepaskan peluang menonton aksi-aksi menarik di sini.

Pemancing ini mengatakan sesuatu kepada rakannya.

Gambar telephoto dari jauh menangkap aksi gadis ini.

CATEGORIES