Berjasa sertai gabungan dengan Pas menjelang PRU14

Berjasa sertai gabungan dengan Pas menjelang PRU14

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Berjasa Parti Koperasi, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut menyuarakan hasrat menyertai Gagasan Sejahtera menjelang PRU14.

Laporan Harakahdaily menyebut perkara itu dinyatakan dalam satu majlis di Restoran De Maju, One Sierra Selayang, Batu Caves semalam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hadir menerima watikah kerjasama blok pembangkang ketiga Gagasan Sejahtera tersebut.

Turut hadir menyaksikan penyerahan watikah itu adalah Setiausaha Agung Parti Ikatan Malaysia (IKATAN), Tengku Ahmad Mudzaffar Tengku Zaid.

TAGS