Berpuluh-puluh terperangkap, maut dalam gempa bumi di Sumatera Utara

Berpuluh-puluh terperangkap, maut dalam gempa bumi di Sumatera Utara

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 6.03 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, pusat gempa terletak 77km timur laut Banda Acheh, Indonesia dan 440km barat daya Langkawi, Kedah.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Sementara itu, berpuluh-puluh dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan akibat gempa bumi itu, kata pihak berkuasa Indonesia.

Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gegaran itu pada kedalaman cetek dengan catatan rekod terkini 6.5 magnitud menggegarkan utara bandar kecil Reuleuet.

Menurut pegawai tempatan gegaran berlaku sekitar awal pagi, ketika majoriti penduduk wilayah Islam itu sedang bersedia untuk solat subuh.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan Pegawai Daerah, Apriadi Achmad berkata, seorang lelaki tua dilaporkan meninggal dunia, berkemungkinan akibat serangan jantung dan dikhuatiri berpuluh-puluh lagi dipercayai terperangkap di dalam runtuhan rumah.

Ahli seismologi berkata, gempa bumi itu dirasai di kebanyakan wilayah Acheh, yang pernah hancur di badai tsunami Lautan Hindi pada 2004.

Ketua Meteorologi, Klimatologi dan Agensi Geifizik tempatan, Eridawati berkata sekurang-kurangnya lima gegaran susulan direkodkan setakat ini.

TAGS