Bersih 2.0, Jamal ke mahkamah dengar injuksi peniaga bantah Bersih 5

Bersih 2.0, Jamal ke mahkamah dengar injuksi peniaga bantah Bersih 5

Mahkamah Tinggi hari ini telah mengeluarkan notis kepada Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menghadiri perbicaraan jam 4 petang ini mendengar  injuksi  difailkan sekumpulan peniaga Melayu untuk menghentikan perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk S Ambiga peguam Bersih 2.0Mahkamah Tinggi hari ini telah mengeluarkan notis kepada Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menghadiri perbicaraan jam 4 petang ini mendengar  injuksi yang difailkan sekumpulan peniaga Melayu untuk menghentikan perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu ini.

Peguam bagi kumpulan Bersih 2.0  Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar hari ini  berkata  kumpulan  peniaga terbabit mendakwa perhimpunan Bersih 5 akan menyebabkan kerugian kepada perniagaan mereka.

Beliau menambah bahawa Bersih 2.0 tidak bersetuju dengan tuntutan mereka dan akan hadir untuk pendengaran mahkamah untuk menyangkalnya.

“Kami bersedia untuk semua hujah-hujah,” kata peguam terkemuka yang juga bekas Pengerusi Bersih 2.0.

Saman yang didengar pada pukul 4 petang ini, menamakan Bersih 2.0 dan  Pengerusinya Maria Chin bersama-sama dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengetuai pergerakan Baju Merah, sebagai defendan.

Jamal juga dijangka akan hadir ke mahkamah tinggi petang ini untuk pendengaran injuksi.

Perhimpunan Bersih 5  pada Sabtu dijadualkan akan berada di Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum berarak ke arah Dataran Merdeka.

Beberapa peniaga Melayu selaku plaintif menyuarakan tentangan mereka terhadap perhimpunan, terdiri dikalangan Persatuan Peniaga Bazaar Melayu Moden Jalan Masjid India, Persatuan Penyewa Premis Perniagaan Medan Mara Kuala Lumpur dan; Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpr.

Jamal turut pernah dilapor berkata kumpulan Baju Merah akan mengadakan himpunan balas tunjuk perasaan Bersih pada hari dan dilokasi sama.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin hari ini berkata, kumpulan itu telah menyediakan pasukan keselamatan terlatih yang terdiri daripada 1400 orang.

Tetapi dia juga mengingatkan mereka yang merancang untuk mengambil bahagian dalam Bersih 5 tidak melayan provokasi.

Bersih 2.0 sekali lagi menegaskan bahawa perhimpunan itu akan berlansung secara aman.

TAGS