Bersih 2.0 minta Umno kawal ahlinya yang beri imej gangster

Bersih 2.0 minta Umno kawal ahlinya yang beri imej gangster

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Umno diminta mengawal ahlinya agar bertindak lebih bertamadun dan tidak merosakkan imejnya, kata pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Menurut Maria, tindakan Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju, yang berkata berkata “kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah” dan Maria “tidak akan berjalan di atas bumi” tidak boleh diterima.

“Saya bimbang, kenapa Umno dan kerajaan membenarkan perangai gangster mewarnai imej parti itu. Ali ahli Umno, Datuk Jamal Yunus pun ahli dan pemimpin Umno,” kata Maria kesal.

Maria menolak bahawa media telah tersalah petik kenyataan mereka sebelum ini.

Maria Chi“Kenyataan bahawa ia salah petik oleh media saya tidak berapa yakin. Saya percaya ia laporan yang betul oleh media,” kata Maria kepada Malaysian Dateline.

Menurut Maria, beliau memang takut dicederakan oleh mereka samaada kepada beliau sendiri atau keluarganya.

“Saya takut. Saya memang takut. Saya ada 3 anak. Mereka kata nak serang saya, di rumah, di kedai atau di mana saja. Ia ugutan ke atas saya. Bukan kepada saya saja tetapi juga jawatankuasa saya dan juga peserta perhimpunan,” kata Maria.

Maria mengaku belum membuat laporan polis terhadap ugutan ini namun telah meminta polis mengambil tindakan terhadap ugutan ini. Namun pihak lain telah membuat laporan polis, katanya.

“Jika mereka (polis) boleh arah (ahli parlimen DAP) Jeff Ooi menyerah diri, mengapa tidak Ali Tinju, (yang mengeluarkan) ugutan bunuh terhadap saya?” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis sedang menyiasat Mohd Ali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.

Maria diugut selepas memaklumkan Bersih 5 akan mengadakan perhimpunan mereka 19 November ini di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Sebelum itu, mulai 1 Oktober Bersih akan melancarkan kempen untuk perhimpunan kali ini dengan mengadakan konvoi ke Kuala Lumpur dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Bersih 5 akan memfokaskan tiga isu utama iaitu skandal 1MDB, persempadanan semula kawasan pilihan raya dan isu-isu tempatan.

“Kita akan melancarkan konvoi serentak di enam tempat iaitu Sandakan (Sabah), Miri (Sarawak), Johor Bharu, Kangar, Sitiawan dan Kota Bharu.

“Mereka akan membawa obor yang kita sediakan selama tujuh minggu dari pusat-pusat ini ke Kuala Lumpur 18 November nanti sebelum perhimpunan kita pada 19 November,” kata Maria dengan harapan ia akan membawa kesedaran semua pihak untuk menyertai Bersih kali ini.

Sepanjang konvoi ini, mereka akan melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang laluan termasuk pengedaran risalah, ceramah, walk obout ke pasar pagi dan malam dan pelbagai aktiviti lagi.

Maria yakin, isu persempadanan semula yang sangat tidak adil dan melanggar perlembaggaan akan mendapat tempat penting dalam himpunan kali ini.

“Dengan persempadanan kali ini, keputusan pilihan raya kita telah dicuri dari kita sebenarnya,” kata Maria kesal dan memberikan jaminan Bersih akan membuat tindakan yang sesuai bagi menghalang pelaksanaannya termasuk tindakan undang-undang.

TAGS