Bersih 5 dijangka diadakan pada 19 November

Bersih 5 dijangka diadakan pada 19 November

Perhimpunan Bersih 5 dijangka diadakan pada Sabtu, 19 November depan, kata pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah pada sidang media hari ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Perhimpunan Bersih 5 dijangka diadakan pada Sabtu, 19 November depan, kata pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, kumpulan tersebut kekal dengan tuntutannya antara lain supaya pilihan raya bebas dan adil.

Menurut Maria, Bersih juga akan melancarkan konvoi di seluruh negara bagi memupuk kesedaran mengenainya pada 1 Oktober ini.

“Acara kemuncaknya adalah himpunan yang diadakan pada November ini dengan tema ‘Satukan Tenaga, Malaysia Baru’

“BERSIH 2.0 percaya tidak mengadakan protes bukanlah satu pilihan,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Anis Syafiqah bercakap kepada rakan rakannya dalam himpunan #TangkapMO1 27 Ogos lalu.Maria juga berkata rakyat Malaysia harus bersatu padu dan membuat pendirian jitu untuk melawan “rasuah besar” dan kegagalan fungsi institusi-institusi di Malaysia seperti dilaporkan media hari ini.

Turut hadir bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenivasan, aktivis Hishamuddin Rais dan pemimpin pelajar Anis Syafiqah Md Yusof.

Dengan penyertaan Syafiqah dan anak buahnya, Bersih 5 dijangka akan berbeza dengan perhimpunan sebelum ini.

Pada 27 Ogos lalu, mahasiswa pimpinan Syafiqah dan rakan-rakannya menganjurkan himpunan #TangkapMO1 di Dataran Merdeka.

TAGS