Bersih 5 diresapi IS-Daesh: Rafizi antara pemberi maklumat, kata Jamal

Bersih 5 diresapi IS-Daesh: Rafizi antara pemberi maklumat, kata Jamal


Hari ini Pengerusi NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos mendedahkan dokumen diperoleh yang mendakwa Bersih 5 diserapi anasir IS dan Daesh sebahagian sumber maklumat diperoleh daripada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Hari ini Pengerusi NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos mendedahkan dokumen diperoleh mendakwa Bersih 5 diserapi anasir IS dan Daesh sebahagian sumber maklumat diperolehnya daripada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Sebahagian maklumat ini saya dapat daripada Rafizi. Ini maklumat sulit dan pihak polis yang perlu lakukan siasatan kesahihan perkara ini,” ujarnya

Di tanya media bila beliau mendapat maklumat dari Rafizi: ” Saya dapat maklumat sejak sebulan lalu.

Ditanya juga adakah berlaku pertemuan dengan Rafizi?

“Saya tak mahu sebut, you yang tanya tadi,” ujarnya dalam sidang media di hadapan Ibupejabat Polis Bukit Aman pagi tadi.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar hari ini menfailkan laporan untuk menyerahkan dokumen diperolehnya sebagai lanjutan daripada dakwaannya dalam sidang media Rabu lalu bahawa Bersih 5 terbabit dengan IS dan Daesh.

Bagaimanapun Bersih  melalui kenyataan Pengerusinya Maria Chin Abdullah  menafikan gerakannya itu terbabit dengan IS dan Daesh  mendesak Jamal kemukakan bukti dan bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan Jamal itu.

Kata Jamal lagi, apa yang beliau lakukan ini  setelah mendapat sumber maklumat dalaman yang boleh dipercayai.

“Kita bimbang kumpulan IS dan Daesh ini boleh meresapi kedalam himpunan Bersih 5 yang dirancang.

“Kita amat bimbang dalam mereka melakukan hasutan kepada orang ramai dan telah menetapkan tarikh 19 November untuk berhimpun dan menawan kawasan yang strategi termasuk KLIA 1 dan 2 dan Pejabat Pusat Pentadbiran Perdana Menteri di Putrajaya.

“Kita bimbangi ancaman IS dan Daesh ini merbahahaya kita tahu pihak polis pun mendedahkan tangkapan mereka berkaitan ancaman IS dan Daesh sudah wujud.

“Saya seru rakyat tidak menyertai kumpulan Bersih 5 dan peringatkan  juga Maria Chin menghentikan perkara ini sebelum negara kucar-kacir.

” Inilah yang kami cuba akan lakukan. Saya bawa bersama dokumen yang disediakan melalui sumber yang dikatakan tadi untuk polis  meneliti dan mengkaji penglibatan mereka dan apa yang diperkatakan,” ujarnya.

Malah beliau bertegas bahawa Bersih 5 mengunakan konsultan dari Thailand dan Taiwan.

“Pihak Bersih sebelum ini telah mengumumkan untuk mengulingkan, menjatuhkan kerajaan dan Najib.

“Saya percaya bukan saya sahaja tetapi pihak berkuasa juga telah mempunyai dokumen ini.Harap pihak berwajib mengambil tindakan.

Dimaklumkan juga dokumen 22 mukasurat itu mengandungi maklumat bertulis dan bergambar sebagai bukti dakwaan yang dibuat pihak geng baju merah ini terhadap Bersih 5.

TAGS