Bersih 5 gagal penuhi syarat perhimpunan aman

Bersih 5 gagal penuhi syarat perhimpunan aman

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Notis yang dihantar Bersih bagi menganjurkan perhimpunan pada bulan ini gagal memenuhi prasyarat Akta Perhimpunan Aman 2012, kata ketua polis negara.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur sudah menghantar notis untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini ke Balai Polis Daerah Dang Wangi dan Brickfields.

“Kedua-dua notis itu menyatakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, tetapi tiada surat kebenaran daripada datuk bandar Kuala Lumpur dikemukakan sebagaimana dikehendaki mengikut Seksyen 10 (C) dan Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan semalam.

Khalid mengulas kenyataan Bersih semalam untuk meneruskan rancangan menganjurkan perhimpunan itu kerana Akta Perhimpunan Aman tidak mensyaratkan keperluan sebarang permit atau kebenaran untuk mengadakan perhimpunan, dan hanya perlu menghantar notis kepada polis 10 hari sebelum perhimpunan.

Khalid berkata, ia adalah kesalahan untuk penganjur meneruskan perhimpunan Bersih 5, memandangkan mereka gagal memberi notis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Penganjur juga terikat dengan prosedur sama dalam menganjurkan konvoi Bersih. Sehingga hari ini, tiada notis berhubung perubahan lokasi yang dikemukakan kepada polis,” katanya.

TAGS