Bersih 5: Pak Samad pula dipanggil polis

Bersih 5: Pak Samad pula dipanggil polis

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said diarahkan ke balai polis hari ini bagi memberikan keterangan berhubung perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur, 19 November lalu.

Selain Samad, tiga ahli parlimen PKR turut dipanggil hari ini iaitu ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul Abdul.

Mereka diarahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur pada jam 11 pagi ini.

Pada 5 Disember lalu, ahli parlimen Klang Charles Santiago dari DAP dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Terdahulu pada 28 November, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti Dr Norlela Ariffin, Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan Adun Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar juga dipanggil memberikan kenyataan.

Selain Saifuddin, turut dipanggil Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Dr Norlela Ariffin, Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan Adun Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Perhimpunan Bersih 5 bertujuan menuntut pilihan raya dan kerajaan yang bersih, pengukuhan demokrasi berparlimen, hak membantah dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

TAGS