Bersih 5: Tiga pemimpin PKR pilih bagi keterangan di mahkamah

Bersih 5: Tiga pemimpin PKR pilih bagi keterangan di mahkamah

Tiga pemimpin PKR  mengambil pendirian bersama enggan memberikan jawaban dalam siasatan polis terhadap dakwaan di bawah Akta Hasutan kerana berucap pada perhimpunan Bersih 5 pada  November lalu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tiga pemimpin PKR  mengambil pendirian bersama enggan memberikan jawaban dalam siasatan polis terhadap dakwaan di bawah Akta Hasutan kerana berucap pada perhimpunan Bersih 5 pada  November lalu.

Tiga pemimpin PKR  mengambil pendirian bersama enggan memberikan jawaban dalam siasatan polis terhadap dakwaan di bawah Akta Hasutan kerana berucap pada perhimpunan Bersih 5 pada  November lalu.

Dua Naib Presidennya, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bersama Ketua WHIP parti itu, Datuk Johari Abdul dan sasterawan negara Datuk A Samad Said  juga dipanggil oleh pihak polis  hari ini untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah berkaitan himpunan aman bulan lalu.

Mereka tiba di IPD Sentul kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1958 dan Seksyen 4(2) (b) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurut Ahli Parlimen  Sungai Petani Datuk Johari Abdul keputusan mereka tidak memberikan keterangan kerana dipanggil atas isu kononnya mereka terjebak dalam perarakan Bersih 5.

“Kami buat keputusan untuk jawab di mahkamah. Tiada apa yang kami ingin jelaskan kepada mereka kerana soalan berkisar kepada Bersih 5,” ujarnya kepada media dihadapan IPD Sentul tengahari ini.

Kata Johari lagi, pemimpin parti yang terlibat ini mewakili suara rakyat kerana mereka adalah Ahli Parlimen.

“Tiga orang ahli parlimen mewakili rakyat apabila kami bercakap tidak wakili diri kami sebab itu dalam perhimpunan kami bukannya cakap dalam kapasiti individu tetapi membawa suara rakyat.

“Apabila wakil rakyat cakap benda yang benar septutnya jadi tumpuan pemerintah dan isu-isu yang dirasai rakyat dianggap pula sebagai sesuatu yang melanggar undang- undang… pihak pemerinah harus lihat balik adakah wajar?” soal Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani ini.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi pula berkata, terpulang kepada pihak polis untuk membuat pendakwaan.

“Akta Perhimpunan Aman di bawah Seksyen 504 ialah mengeluarkan kenyataan atau ucapaan yang menimbulkan
kemarahan.

“Saya dan Datuk Johari tengok soalannya saya tidak tolak kemungkinan untuk dakwaan.

“Sebarang tindakan yang berakhir dengan dakwaan di mahkamah akan dilihat satu tindakan politik sedangkan Jamal dan kawan-kawannya tidak dikenakan sebarang hukuman

“Perkarai ini sesuatu yang perlu Peguam Negara lihat dan mengambil kira sesiapa yang telibat dalam bersih pasti dikenakan dakwaan,” ujarnya.

Bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah pula berkata isu pendakwaan dan tindakan terpilih berlaku di Malaysia kini menunjukkan bagaimana sesuatu arahan itu datang daripada pihak atasan.

“Pihak atasan mahu menekan mana-mana pimpinan yang mengkritik kerajaan sedia ada.

“Saya menyanjungi usaha pihak polis kerana mereka diarahkan melakukan sesuatu yang bukan keutamaan buat mereka hari ini.

“Sedangkan kita berhadapan masalah rasuah ekonomi sedang jatuh tetapi yang didesak Datuk Seri Najib dan ketua polis negara adalah untuk menekan individu yang mengkritik rasuah dilakukan perdana menteri.

“Saya harap insiden ini buka mata rakyat agar memberi seribu satu tekanan kepada pihak polis untuk menangkap mereka bukan menghala tuju kepada kami,” ujarnya.

Manakala Saterawan Datuk A Samad Said  atau mesra dipanggil Pak Samad pula beranggapan dengan memberikan keterangan kepada polis beliau merasakan amat dihargai.

“Saya rasa amat dihargai kerana puisi sudah menjadi senjata, apa saya lakukan dalam bersih dua, tiga dan lima hanya baca puisi yang perjuangkan hak asasi asasi.

“Saya berasa bangga dapat meningkatkan nilai sastera ini ketahap yang lebih tinggi,” ujarnya.

TAGS