Bersih, Baju Merah tidak boleh adakan perhimpunan, kata Ahmad Zahid

Bersih, Baju Merah tidak boleh adakan perhimpunan, kata Ahmad Zahid

 Penganjur perhimpunan Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah tidak dibenar mengadakan sebarang perhimpunan, dan berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]


Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiPenganjur perhimpunan Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah tidak dibenar mengadakan sebarang perhimpunan, dan berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu diambil kerana kerajaan tidak mahu berlaku pertembungan antara kedua-dua kumpulan berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tempat perhimpunan yang dipohon penganjur Bersih atau kumpulan Baju Kuning, termasuk dalam senarai lokasi yang tidak diizinkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 walaupun notis mengadakan perhimpunan dipohon 10 hari sebelum acara berlangsung.

“Sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin (Abdul Aziz), DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tidak mengizinkan ia digunakan kerana tidak digazetkan dalam Akta Perhimpunan Aman.

“Oleh yang demikian, Polis Diraja Malaysia memutuskan keputusan DBKL itu harus dipatuhi dan saya nasihatkan kedua-dua kumpulan ini jangan buat sebarang perhimpunan sebagaimana yang telah saya nyatakan di Dewan Rakyat hari ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Perhimpunan kumpulan Baju Merah dirancang Sabtu ini di Dataran Merdeka manakala perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November ini.

TAGS