Bersih di Jalan Tuanku Abdul Rahman, merah Jalan Raja Laut

Bersih di Jalan Tuanku Abdul Rahman, merah Jalan Raja Laut

Peserta himpunan Bersih 5 kelihatan mula memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju ke Dataran Merdeka manakala baju merah dilihat melalui Jalan Raja Laut.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Peserta himpunan Bersih 5 kelihatan mula memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju ke Dataran Merdeka manakala baju merah dilihat melalui Jalan Raja Laut.

Salah seorang peserta Bersih 5 yang penuh semangat menyertai perhimpunan walaupun cacat.Ini bermakna, kedua-dua perhimpunan ini hanya berselisih di dua jalan yang berlainan menuju ke destinasi masing-masing. Sehingga kini sasaran Bersih adalah Dataran Merdeka, manakala baju merah di katakan menuju Padang Merbuk.

Di samping berhimpun, peserta Bersih mendengar ucapan dari pemimpin pembangkang termasuk ahli parlimen Kita Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

“Pergi-pergi penyamun, pergi-pergi pencuri,” laung Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) itu dalam ucapannya.

Bagi beliau, perhimpunan hari ini akan aman jika tidak diganggu atau menerima provokasi dari mana-mana pihak termasuk geng baju merah.

Polis kelihatan membuat sekatan di antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan Jalan Raja Laut di mana peserta Geng Baju Merah berhimpun.

Peserta Bersih 5 dilihat menuju ke Dataran Merdeka melalui jalan bersebelahan iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman manakala baju merah bergerak di Jalan Raja Laut.

TAGS