Bersih kecam tindakan baju merah, komited teruskan misi

Bersih kecam tindakan baju merah, komited teruskan misi

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bersih 2.0 mengecam sekeras-kerasnya tindakan ‘ala samseng’ kumpulan baju merah terhadap peserta konvoi Bersih di Perak hari ini.

Jurucakapnya, Jay Jay Denis berkata, tindakan kumpulan yang diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos itu sangat keterlaluan dan melanggar perlembagaan negara.

Menurutnya, para peserta konvoi diserang, kereta dikepung, bendera dirampas secara kasar, kereta di tendang dan dipukul oleh kumpulan baju merah.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan kumpulan Jamal, apa yang lebih dikesali ialah seolah-olah pihak berkuasa membiarkan serangan dan ancaman itu berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pejabat Amanah Teluk Intan.

Jay jay menyatakan, Bersih sangat kecewa dengan tindakan pihak polis yang berada di tempat kejadian kerana hanya bertindak sebagai jurukamera dan juruvideo.

Pihak polis katanya membiarkan tindakan baju merah tanpa melakukan sebaran tindakan biarpun sedara jelas melanggar undang-undang negara.

“Sejak awal permulaan konvoi, kumpulan baju merah sedaya upaya cuba mengoyak bendera Beraih, menendang kamera dan mengepung kereta konvoi.

“Pihak polis yang berada di tempat kejadian tiada sebarang usaha untuk mengahalang tindakan itu, mereka nampak apa yang berlaku.

“Memang sangat ketara pihak polis membiarkan tindakan jeyahah kumpulan baju merah terhadap peserta konvoi,” jelasnya lagi.

Beliau menegaskan, Bersih memberi tempoh 24 jam kepada pihak polis untuk menjalankan tindakan sebelum melakukan tindakan susulan kerana mereka berada di tempat kejadian melihat sendiri jenayah yang berlaku.

Dalam pada itu, aktivis rakyat, Hishamuddin Rais menceritakan detik cemas ketika diserang dan diancam oleh kumpulan baju merah.

Menurutnya, kumpulan baju merah telah mengganggu sebelum bermulanya konvoi hingga menyebabkan lokasi berkumpul diubah ke tempat lain.

“Apabila kami mula bergerak dari Lumut menghala ke Sitiawan, kami didatangi kira-kira 30 buah motor dengan menutup muka.

“Mereka menghampiri kereta yang dinaiki, kereta dikepung dan diserang. Mereka menyepak kereta dan cuba pecahkan tingkap,” ujarnya,

Beliau berkata, aksi samseng kumpulan baju merah ketika menyerang kereta yang dinaiki oleh beliau.

Hishamuddin menegaskan, tindakan dan ancaman yang dilakulan itu memberikan suntikan semangat untuk Bersih meneruskan misi memberi penerangan dan mengajak masyarakat untuk sama-sama dalam himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur 19 November nanti.

TAGS