Beza presiden bekas pemain bola sepak dan perdana menteri pemain golf

Beza presiden bekas pemain bola sepak dan perdana menteri pemain golf

Pada tahun 1988, Arsene Wenger ketika itu sedang membimbing pasukan Monaco. Dan pada tahun yang sama juga Wenger telah membawa George Weah seorang pemain Liberia kedalam pasukannya. Menceritakan kembali detik beliau(Wenger) berkerjasama sebagai jurulatih dan pemain ketika itu.

Bagi Wenger, perjalanan kehidupan George Weah adalah sesuatu yang menakjubkan dan George sentiasa mempunyai misi yang perlu disempurnkannya lantas menjadikan dirinya sesuatu yang istimewa kepada orang sekelilingnya.

Wenger yang kini menjadi jurulatih kepada Arsenal mengambarkan betapa karisma George Weah sebagai pemimpin bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Tidak hairanlah ada yang memanggil beliau sebagai “Mr. Goerge” kata Wenger ketika di Monaco.

Pada tanggal 22 Januari 2018 yang lalu, George Weah diangkat sebagai Presiden Liberia yang baru dalam usia 51 tahun. Beliau menggantikan Ellen Johnson Sirleaf yang berjasa selama 12 tahun dan berjaya menghilangkan rasa takut perang saudara yang melanda negeri Afrika Barat itu.

Mantan pemain kelab AC Milan itu juga dalam majlis pengisytiharannya sebagai presiden memberikan tawarannya kepada rakyat Liberia yang mahu memakmurkan negeri naungannya dan mencipta lapangan kerja buat rakyatnya.

Ya, tugas George Weah bukanlah mudah disaat Liberia berada di tangga 177 negara termiskin daripada 188 buah negara, namun semangat beliau yang mahu reformasi institusi berlaku itu bukanlah omong kosong darinya. Buktinya dia bersetuju dan berjanji bagi memotong 1/4 gajinya untuk ditempatkan kedalam kantung Pembangunan Negeri Liberia.

“Taraf ekonomi kita rosak, mata wang kita jatuh, pemimpin kita gagal, inflasi meningkat”. Itulah pidota beliau sehari selepas dilantik sebagai Presiden Liberia di Monvaria.

Begitulah bedanya pemimpin kita dalam memastikan rakyat dalam negara ini mendapat pembelaan atau tidak. Di Liberia pimpinan barunya menggunakan bahagian gajinya untuk melihat anak bangsa negaranya terbela. Pimpinan kita?

Mereka bukan saja membelanjakan wang negara untuk memenuhi kehendak peribadi mereka, malah mereka tidak malu menjadikan rakyat sebagai tempat memerah dana atas alasan demi kebaikan negara.

Jadi pilihan ditangan kita, sama ada memilih kerajaan yang baru atau mengekalkan Perdana Menteri pemain golf.

CATEGORIES