Biar pergaduhan di Austin jadi ‘wake up call’

Biar pergaduhan di Austin jadi ‘wake up call’

 

Islam adalah agama Persekutuan. Tetapi itu tak bermakna orang Islam boleh menyekat laluan jalan masjid. Sememangnya orang Islam Malaya sudah sembahyang Jumaat lama dulu sebelum datangnya para imigran dari China dan India. Dari zaman Sultan Melaka, Sultan Kedah dan Sultan Patani.

Pada zaman British, Islam adalah agama negara-negara Melayu baik dalam Federated Malay States ataupun Unfederated Malay States. Orang Islam juga bebas sembahyang di Singapore, Malacca, Penang dan Province Wellesley yang serba sempit.

Tetapi masa itu tidak ada banyak kereta. Orang Melayu pun tidak ada kereta. Kalau ada pun, orang Melayu hanya jadi drebar tuan-tuan orang putih dan kemudiannya tauke- tauke Cina. Drebar orang Melayu terkenal dengan kecekapannya, kejujurannya dan kesetiaannya.

Islam jadi agama Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia. Dari masa penubuhannya sampailah tahun 1980-an, masih tidak ada masalah parking kat masjid.

Selepas tahun 1980-an, dengan adanya Proton dan Perodua, bertambahlah masalah parking bukan saja di masjid tetapi di mana-mana juga. Tetapi di masjid memang kronik hingga boleh ganggu jalan raya.

Dekat rumahku kalau tidak diuruskan memang boleh jadi gaduh kaum. Mereka tak bersuara tapi di belakang mereka merungut juga. Kita tak dengarlah. Masjid dekat rumahku upah Rela untuk uruskan laluan. Dengan ada Rela, lebih teruruslah.

Bila ada media sosial, mulalah kita dengar rungutan orang lain terhadap kesesakan laluan masjid pada hari Jumaat. Mereka merungut sahaja tapi tak berani tegur.

Anakku juga merungut. Katanya ini salah generasi aku kerana tak buat town planning dan design masjid yang betul.

Dia mempersoalkan mengapakah semua surau tidak diaktifkan untuk sembahyang Jumaat supaya semua orang boleh pergi sembahyang Jumaat dengan berjalan kaki saja.

Aku harap pergaduhan di Austin itu jadi wake up call dan turning point. Johor lagi.

CATEGORIES
TAGS