BN ada harapan menang di Kelantan kalau biar ‘parti lama’ bertanding

BN ada harapan menang di Kelantan kalau biar ‘parti lama’ bertanding

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan BN mempunyai peluang untuk merampas Kelantan pada pilihan raya akan datang jika hanya membiarkan Pas bertanding.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mohamad Sabu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan BN mempunyai peluang untuk merampas Kelantan pada pilihan raya akan datang jika hanya membiarkan Pas bertanding.

Berucap dalam penggulunganKonvensyen Nasional Amanah di Shah Alam, beliau berkata, budaya politik pengundi di Kelantan seperti masyarakat Cina di negara ini memandangkan mampu melakukan perubahan undi secara total.

“Di Kelantan, pemikiran politik mereka sedikit sebanyak ada budaya Tionghoa. Bila dia berubah undi, dia berubah ‘seketul’ (sekaligus). Kalau Amanah tak bertanding, biar parti lama (Pas) lawan BN, BN ada harapan cerah untuk menang di Kelantan.

“Tapi bila Amanah tampil, Amanahlah pilihan rakyat kelantan pada pilihan raya akan datang. Tambah pula Datuk Husam (Musa) dok rodak tiap-tiap malam. ‘Out you go’ lah mereka yang gelar kita dengan berbagai (nama),” bidasnya yang dilihat ditujukan kepada Pas.

Disambut sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), beliau turut menceritakan pengalamannya bertanding di Kelantan pada 1995.

“Saya biasa hadapi di Kelantan pilihan raya pada 1995. Tuduhan terhadap saya (ketika itu) semua tuan-tuan tahu. Malam selepas penamaan calon, ada beritahu, ‘Abe Mat dah mene’ (Abang Mat dah menang). Berkempen di negeri lain saja,” ujarnya.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu turut menjangkakan pengundi di Terengganu akan memilih Amanah ekoran prinsip Pas mutakhir ini yang dilihat lebih memihak kepada BN.

“Tahniah ahli-ahli Amanah Terengganu. Nak dapat ahli bukan senang sebab segala perkataan ‘hebat’ berpusat di sana. Saya yakin Terengganu paling subur untuk Amanah pada masa akan datang,” tegasnya lagi.

TAGS