BN perlu 35% undi popular saja untuk menang

BN perlu 35% undi popular saja untuk menang

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

BN perlu 35% undi popular saja untuk memenangi pilihanraya umum akan datang selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Profesor Datuk Dr Redzuan Othman berkata, ia berdasarkan analisis awal yang dibuat.

Analisis ini dibuat pihaknya berdasarkan sentimen yang sama di kalangan pengundi 2013 yang lalu.

Bagaimanapun ia belum final lagi, katanya.

Ini kerana di Malaysia, jumlah kerusi yang dimenangi adalah menjadi penentu bukannya undi popular.

Redzuan berkata demikian dalam sidang media IDE di sebuah hotel dekat Shah Alam bagi membentangkan hasil kajian IDE mengenai kecenderongan politik di Selangor.

Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, BN hanya memperolehi 46% sahaja undi popular tetapi berjaya memerintah Malaysia.

Menurut Redzuan, persempadanan kali ini tidak semudah apa yang dibuat oleh SPR sebelum ini kerana kecelikan maklumat di kalangan rakyat.

“Saya yakin bantahan akan dibuat dan Bersih 5 yang akan bermula tidak lama lagi antara penentunya samada bantahan ini kuat atau tidak.

“kalau ratusan ribu orang turun, sudah tentu ia membayangkan kesedaran rakyat,” katanya merujuk kepada konvoi Bersih 5 bermula 1 Oktober ini dan akan tamat di Kuala Lumpur dengan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 19 November.

Menurut Redzuan, dalam konteks Selangor, bantahan bukan saja akan dibuat oleh orang ramai dan parti politik tetapi juga oleh pihak berkuasa tempatan dan juga kerajaan negeri Selangor sendiri.

Oleh itu, beliau jangka bantahan ini akan mengambil masa yang panjang dan tidak boleh diselesaikan dengan cepat.

TAGS