BN Sarawak dijangka umum calon PRK Pujut Jumaat ini

BN Sarawak dijangka umum calon PRK Pujut Jumaat ini

Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut, Jumaat ini.

Difahamkan, calon berkenaan akan diumumkan sendiri Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Jalan Bako di sini.

Laporan yang dipetik dari sumber yang memberitahu BH itu, mengatakan,  pengumuman itu susulan persetujuan mengenai pemilihan calon berkenaan oleh BN Sarawak dijangka mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut, Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Pusat dalam pertemuan tertutup bersama Abang Johari di Putrajaya kira-kira jam 1 petang tadi.

“Selain proses pencalonan PRK Pujut, pertemuan itu juga bagi membincangkan persiapan jentera pilihan raya dan mencari jalan penyelesaian terhadap beberapa perkara berbangkit antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri,” katanya.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan serpihannya, Parti Rakyat Bersatu (UPP) sebelum ini mengemukakan senarai nama calon berpotensi masing-masing untuk pilihan raya kecil itu.

Antara nama yang dikemukakan SUPP ialah Datuk Bandar Miri yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Pujut, Adam Yii Siew Sang. UPP pula mengemukakan nama Ketua UPo Cawangan Pujut, Bruce Chai, selain tiga nama AJK UPP Senadin iaitu Keith Chan, Lawrence Kong, dan Suzanne Lee.

Abang Johari sebelum ini dipetik sebagai berkata, BN Sarawak diyakini mampu menawan semula kawasan berkenaan, namun perlu bekerja lebih keras bagi memenangi hati rakyat. Sementara itu, DAP juga dijangka mengumumkan calonnya, Jumaat ini.

Difahamkan, calon berpotensinya ialah Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling Sie Kiong yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piassau sebelum tewas kepada calon BN dari SUPP, Datuk Sebastian Ting dalam pilihan raya negeri tahun lalu.

Kerusi Dun Pujut kosong selepas penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon daripada DAP hilang kelayakan sebagainya sebagai ADUN Sarawak atas isu pemilikan dwi-kerakyatan. Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11), Tiong Choon menang kerusi Pujut dengan majoriti 1,759 undi.Tiong Choon memperoleh 8,899 undi menumpaskan calon BN, Hii Kong Chiong (7,140 undi), Jofri Jaraiee (Pas – 513 undi) dan penyandang, Fong Pau Teck (Bebas – 375 undi).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Julai depan sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun ini.

TAGS