BN tidak boleh tandingi Program Kebajikan Pakatan Harapan P.Pinang

BN tidak boleh tandingi Program Kebajikan Pakatan Harapan P.Pinang

Barisan Nasional (BN) tidak akan mampu untuk menandingi kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dalam memberi pembelaan kepada rakyat di negeri tersebut.

Mohd Saifullah Abdul NasirBarisan Nasional (BN) tidak akan mampu untuk menandingi kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dalam memberi pembelaan kepada rakyat di negeri tersebut.

Sekaligus usaha BN untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang telah hilang dalam pilihan raya umum ke 12 dan ke 13 yang lalu amat sukar.

Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang, Mohd Saifullah Abdul Nasir, sejak berjaya mendapat mandat dari rakyat, kerajaan negeri telah mempelbagaikan program kebajikan yang tidak pernah dilaksanakan semasa BN memerintah sebelum ini.

Malah katanya program-program kebajikan seperti penghargaan kepada warga emas yang berusia 60 tahun keatas dengan pemberian RM100 setiap tahun tidak juga pernah dilaksanakan oleh BN dahulu.

“Sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas bagi warga emas yang meninggal dunia turut membantu meringankan beban keluarga yang menghadapi musibah tersebut.

“Selain itu kerajaan negeri juga menyalurkan sumbangan tahunan sebanyak RM100 kepada pelajar tahun satu dan tahun empat sekolah rendah di negeri ini bagi meringankan beban keluarga.

“Bagi pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat juga diberi perhatian dengan sumbangan RM100 secara tahunan bagi mereka yang membuat pendaftaran melalui borang permohonan yang disediakan oleh kerajaan negeri, ” ujarnya.

Jelas Mohd Saiful lagi, program bayi emas dengan pemberian sebanyak RM200 juga disediakan bagi setiap anak yang baru dilahirkan.

“Untuk pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam, kerajaan negeri turut menyediakan sumbangan sebanyak RM1000 bagi membantu meringankan kewangan mereka.

“Manakala penarik beca juga diberikan sumbangan secara bulanan sebanyak RM100 setiap bulan yang tidak pernah juga dilaksanakan oleh kerajaan BN dahulu.

“Para nelayan turut mendapat perhatian kerajaan apabila mereka diberikan sumbangan pukat sebanyak dua kali setahun bagi membantu mereka menambah pendapatan tanpa perlu mengeluarkan kos untuk membeli pukat yang baru, ” tegasnya lagi.

Di samping itu katanya, kerajaan negeri memberi sumbangan sebanyak RM600 setiap tahun kepada pemandu teksi bagi memastikan tugas mereka dapat dilaksanakan dengan keadaan kenderaan yang sempurna.

“Operator bas sekolah yang berdaftar juga diberikan sumbangan sebanyak RM600 setahun oleh kerajaan negeri.

“Manakala program ibu emas bagi suri rumah yang tidak bekerja turut dihargai dengan pemberian sebanyak RM100 setiap tahun.

“Tidak setakat itu sahaja, kerajaan negeri turut memberi pengiktirafan dengan memberi sumbangan kepada guru-guru kafa serta guru-guru sekolah agama rakyat dan juga pondok-pondok, ” tambahnya lagi.

Kata Saifullah lagi, kerajaan negeri juga memberi perhatian serius kepada para huffaz serta tadika Islam yang ada dalam negeri ini.

“Kerajaan negeri amat prihatin terhadap keluarga miskin dengan memastikan setiap keluarga berpendapatan minima RM790 melalui program Agenda Ekonomi Saksama atau AES

“Seandainya keluarga miskin tersebut hanya mendapat pendapatan sebanyak RM600 setiap bulan, maka kerajaan negeri akan ‘top up’ sebanyak RM190 lagi setiap bulan.

“Program sebegini juga tidak pernah terlintas difikiran pimpinan Umno dan BN untuk dilaksakan semasa mereka memerintah Pulau Pinang sebelum kalah dalam tahun 2008 yang lalu, ” katanya.

Sehubungan itu tegasnya, adalah lebih baik bagi rakyat negeri ini menetapkan pendirian dengan meneruskan sokongan terhadap Parti Amanah Negara, PKR, DAP serta Bersatu dalam pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.

TAGS

COMMENTS