BN tidak terdesak berhadapan parti baharu Tun Mahathir

BN tidak terdesak berhadapan parti baharu Tun Mahathir

Tun Mahathir dalam satu sidang media mengumumkan beliau akan mengasaskan sebuah parti baharu untuk membentuk satu pakatan pembangkang lebih besar  dalam PRU ke 14 kelak.

Lazimnya pengumuman parti politik baharu dalam senario politik tempatan Malaysia akan turut disertai dengan nama parti tersebut dan paling tidak barisan jawatankuasa sementara sebelum perlembagaan di bentuk atau pemilihan di langsungkan.

Tetapi kedua-dua perkara asas tersebut tidak diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila membuat pengumuman tiga minggu lepas. Tetapi apa yang nyata adalah beliau adalah pengasas parti yang belum ditentukan nama itu.

Tetapi satu perkara yang amat menarik adalah pengumuman tersebut yang turut disertai oleh beberapa pemimpin parti yang membentuk Pakatan Harapan adalah parti yang di asaskan oleh Tun Mahathir itu juga bakal membentuk pakatan pembangkang yang baharu.

Ini membawa maksud gabungan Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR dan Amanah samada akan menerima parti baharu Tun Mahathir atau pun Pakatan Harapan akan dijenama semula sebagai satu entiti yang baharu.

Memang benar pakatan pembangkang yang bukan sahaja sepakat tetapi juga merangkumi lebih banyak parti sudah pasti akan memberi tekanan kepada BN tetapi yang musykilnya adalah mengapa pakatan pembangkang baharu perlu di umumkan oleh Tun Mahathir sedangkan beliau bukan sahaja tidak menjadi ahli samada DAP, PKR atau Amanah malah tidak menyertai mana-mana parti politik di Malaysia.

Apabila Pas mengumumkan penubuhan gabungan pakatan pembangkang sebagai kuasa ketiga bersama-sama dengan Ikatan beberapa bulan lepas, kepimpinan Pas melalui Presiden Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang berada di hadapan kerana Pas adalah parti dominan dalam pakatan tersebut.

Walaupun Penasihat DAP Lim Kit Siang turut serta bersama-sama Tun Mahathir, tetapi orang kuat DAP tersebut tidak pula mengumumkan pakatan pembangkang yang baharu kerana dari segi hairaki politik beliau adalah orang yang sepatutnya mengumumkan penubuhan pakatam pembangkang yang baharu yang besar kemungkinan akan memggantikan Pakatan Harapan.

Apakah senario ini menggambarkan pakatan pembangkang baharu itu tidak akan lagi menonjolkan DAP sebagai parti dominan atau pun DAP hanya memberi sedikit ruang kepada Tun Mahathir, begitu sukar sekali untuk ditentukan.

Tetapi setelah beberapa minggu pengumuman dibuat, sehingga kini nama atau struktur parti tersebut masih menjadi tanda tanya. Datuk Seri Shafie Apdal pula yang dikatakan agak pasti turut serta dalam parti tersebut telah menegaskan beliau akan hanya menumpukan tenaga beliau terhadap politik Sabah dan tidak berminat dengan politik peringkat nasional.

Kenyataan seperti ini sekali gus memadamkan gandingan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie dalam menerajui kepimpinan parti baharu tersebut.

Tetapi walau apa pun nama atau siapa yang memimpin parti baharu ini, persoalan paling menarik adalah setakat mana keujudannya mampu membantu pakatan pembangkang berhadapan dengan BN.

Jika di teliti strategi mengantikan enttiti Pakatan Harapan dengan pakatan yang baharu maka besar kemungkinan DAP, PKR dan Amanah berpendapat bahawa apa yang di rencanakan oleh Tun Mahathir mampu menguatkan pembangkang untuk menentang BN.

Tetapi jika dikaitkan pula dengan ura-ura cadangan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya pilihanraya negeri tersebut dilangsungkan secepat mungkin, maka interpretasi yang dapat dibuat adalah pakatan pembangkang yang baharu ini tidaklah sangat diperlukan kerana keujudannya langsung tidak diambil kira dalam menentukan samada PRN Pulau Pinang perlu dilaksanakan atau tidak.

Ini adalah Ketua Menteri Lim Guan Eng hanya menunggu persetujuan PKR sahaja dalam meneruskan cita-cita PRN mengejut beliau.

Setakat ini BN hanya menunggu dan lihat apa yang bakal dilaksanakan oleh Tun Mahathir setelah pengumuman dilakukan beberapa minggu lepas kerana strategi balas hanya dapat di buat secara efektif bila di ketahui struktur parti baharu tersebut. Tetapi jika digabungkan faktor kelewatan pengemuman, ketiadaan Shafie dan PRN mengejut Pulau Pinang, maka BN dinilai tidak begitu terdesak untuk merencanakn strategi bagaimana untuk berhadapan dengan parti baharu Tun Mahathir tetapi juga pakatan pembangkang menggantikan Pakatan Harapan.

TAGS