BNM turunkan kadar faedah OPR sejajar kelembapan ekonomi dunia

BNM turunkan kadar faedah OPR sejajar kelembapan ekonomi dunia

Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar faedah 'overnight policy rate' (OPR) sebanyak 0.25 peratus, daripada 3.25 peratus kepada 3.00 peratus beberapa hari yang lalu  adalah sejajar dengan kelembapan ekonomi dunia, kata Biro Ekonomi Pemuda Amanah.

Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar faedah ‘overnight policy rate’ (OPR) sebanyak 0.25 peratus, daripada 3.25 peratus kepada 3.00 peratus beberapa hari yang lalu  adalah sejajar dengan kelembapan ekonomi dunia, kata Biro Ekonomi Pemuda Amanah.

Dalam satu kenyataan  memaklumkan,walaupun sebahagian daripada pakar ekonomi sudah menjangkakan BNM akan memotong OPR pada separuh kedua tahun 2016, kebanyakannya menjangkakan BNM akan memotongnya pada bulan September, berbanding pada bulan Julai.

Antara sebab yang memungkinkan BNM mengambil langkah tersebut ialah kerana prestasi eksport seluruh dunia yang lemah dan risiko kelembapan ekonomi dunia berpunca daripada Brexit.

Justeru Pemuda Amanah menjangkakan keadaan ini akan memberi kesan kepada rakyat.

“Pengurangan bayaran hutang bulanan bagi mereka yang mengambil floating rate.

“Base Rate (BR) dijangka akan turut dikurangkan, maka ada potensi untuk peminjam baru membuat pinjaman dengan kadar lebih murah.

“Namun begitu, disebabkan duit di dalam sistem kewangan sekarang agak sedikit, maka masih terdapat kemungkinan ‘effective rate’ bagi peminjam baru tidak akan berubah walaupun dengan potongan OPR ini.” ujar kenyataan itu.

Tidak terhenti setakat itu, menurut kenyataan itu lagi,sebahagian kecil pakar ekonomi menjangkakan OPR akan dikurangkan lagi sebanyak 0.25 peratus pada bulan September 2016.

Bank pusat itu membuat kejutan Rabu lalu apabila menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00%, selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) selama dua hari.

Kali terakhir kadar diturunkan adalah pada 2009 dan pelarasan terakhir dibuat pada Julai 2014.

CATEGORIES
TAGS