Bocor akaun NFC: Rafizi, Johari dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan

Rafizi dan peguamnya bercakap kepada wartawan selepas dijatuhkan hukuman hari ini.

Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Johari Mohamad dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dakwaan melanggar Akta Bank dan Intitusi Kewangan kerana membocorkan akaun National Feedlot Corporation (NFC).

Hakim Mahkamah Sesyen, Zamri Bakar berkata, pendakwa telah berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah.

“Pada analisa maksima, mahkamah mendapat pihak pembelaan gagal membangkitkan sebarang keraguan, bermakna pendakwa berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah,” kata hakim Zamri ketika membacakan keputusan itu.

Dalam kes berkenaan Rafizi Ramli dan Johari Mohamad (bekas kerani Public Bank) dituduh membocorkan maklumat kewangan ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dan beberapa syarikat milik mereka.

Dakwaan dibuat di bawah Akta Bank & Institusi Kewangan (BAFIA).

Hukuman maksimum di bawah akta tersebut ialah penjara 3 tahun, atau denda RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Johari dan Rafizi dijatuhkan hukuman 30 bulan penjara.

Menurut Rafizi dalam kenyataannya semalam, jika dijatuhkan hukuman bersalah, ada beberapa kemungkinan hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau:

1) Penjara (lebih setahun) tetapi dibenarkan “stay of execution” dan tidak berjalan sehingga selesai proses rayuan.

2) Penjara (lebih setahun) dan tidak dibenarkan “stay of execution”, maka hukuman penjara berjalan serta-merta.

3) Penjara (lebih setahun) dan denda (mungkin RM300,000 ke atas). Hukuman penjara dibenarkan “stay of execution”, tetapi denda perlu dibayar serta-merta.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS