BR1M hak rakyat yang layak, kata Amanah

BR1M hak rakyat yang layak, kata Amanah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah kerana ia menjadi hak rakyat yang layak untuk menerimanya.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad, berkata BR1M hanya boleh dikategorikan rasuah jika mereka berpendapat bantuan itu mewajibkan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU).

“Kalau mereka (rakyat yang terima BR1M) undi BN pada PRU kerana insentif, baru ia boleh dikategorikan sebagai rasuah.
“Pada masa sama, rakyat perlu memilih kerajaan yang ada dasar ekonomi yang lebih mampan, dapat menyelesaikan ekonomi rakyat dan negara. Jangan anggap BR1M ‘mengikat kamu’… kalau kamu (rakyat yang terimanya) ada idea itu, ia dianggap sebagai rasuah,” katanya pada sidang media ‘Rohingya’ hari ini.

Khalid mengulas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya program bantuan itu sebagai rasuah, malah bercanggah dengan undang-undang.

Sementara itu, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga menyatakan pendirian sama BR1M bukan satu bentuk rasuah.

Dr Wan Azizah berkata, walaupun PKR tidak membantah pemberian tunai tahunan itu oleh Putrajaya, ia adalah berkenaan dengan kemampanan inisiatif.

TAGS