Buang gambar pemimpin yang dah mati, doakan saja, kata Presiden Pas

Buang gambar pemimpin yang dah mati, doakan saja, kata Presiden Pas

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan agar membuang semua gambar pemimpin yang telah mati dan mendoakan mereka sahaja.

“Kita nak beri hormat kepada pemimpin letak gambar pada T-shirt, buat patung dia, ini tidak digalak oleh Islam bahkan sesetengah ulama mengharamkannya.

“Jadi saya nak tegur ni, orang lain tak tegur lagi, tak boleh, tak elok,” kata Ustaz Hadi dalam kuliah pagi Jumaatnya.

Menurut beliau, jika hormat dan sayang kepada sesaorang pemimpin, doakan dia.

“Kita menghormati pemimpin dengan cara doakan kepada dia, supaya Tuhan beri rahmat kepada dia, bukan buat patung atau buat gambar untuk dia, tidak.

“Jadi mana-mana pemimpin yang telah mati itu, buang gambar dia senang, doa saja,” kata Ustaz Hadi dalam kuliah itu.

TAGS