Budiman gesa Jais ambil tindakan pegawai ingkar titah Sultan Selangor

Budiman gesa Jais ambil tindakan pegawai ingkar titah Sultan Selangor

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang terlibat menghantar surat jemputan kepada guru agama di negeri itu untuk menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 November ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi Negeri sepatutnya tidak ‘rabun’ membezakan di antara program kerajaan negeri dengan program politik.

“Kita menuntut supaya Jais mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat berdasarkan syarat-syarat perkhidmatan awam kerana menandatangani surat jemputan kepada para guru-guru agama supaya menghadiri seminar tersebut yang difahamkan dibuat tanpa kelulusan pihak pengurusan dan makluman kepada Pengarah Jais.

“”Malah penganjuran seminar itu seolah-olah menunjukkan pihak penganjur cuba mencabar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini menitahkan supaya institusi-insititusi agama Islam di Selangor tidak terlibat dalam program yang berunsurkan politik.

“Apakah pihak penganjur sanggup mengenepikan titah Sultan Selangor demi kerana mahu menjaga kedudukan serta imej Anwar yang merupakan Penasihat Umum PKR dan sedang menjalani hukuman penjara diatas kesalahan meliwat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Budiman yang juga Adun Sungai Panjang berkata, beliau menyokong penuh serta menyambut baik penegasan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) semalam, yang melarang penglibatan diklangan pegawai Jais dalam Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Penegasan Mais tu sekaligus ujarnya lagi, menjelaskan kepentingan bahawa institusi umat Islam di negeri ini seperti Jais tidak seharusnya diperguna atau diperalatkan oleh mana-mana untuk kepentingan politik mana-mana parti termasuklah PKR yang mengetuai pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.

Dakwanya lagi penganjuran Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar itu jelas sekali merupakan program politik dan mungkin menggunakan wang rakyat.

Artikel Berkaitan: Jais sewajarnya tidak terlibat arah guru sertai Seminar Pemikiran Anwar, kata MP BN

TAGS