Cadangan pindaan Akta 355 bukan wahyu, kata MP Shah Alam

Cadangan pindaan Akta 355 bukan wahyu, kata MP Shah Alam

Cadangan pindaan kepada Akta 355 yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah satu pandangan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan boleh dibincangkan dari segi baik buruknya, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Cadangan pindaan kepada Akta 355 yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah satu pandangan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan boleh dibincangkan dari segi baik buruknya, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ia bukan wahyu dari satu hadis atau ayat Al Quran yang wajib disokong dan jika tidak disokong boleh menjejaskan aqidah sesaorang, katanya dalam satu video klip wawancara beliau mengenainya.

Sehubungan itu, katanya, ia wajar dibincang dan dibahaskan bagi mempastikan matlamatnya untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah tercapai.

“Ia satu pandangan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah, ia satu pandangan dan bukan wahyu. Mungkin ada orang lain yang hendakkan ayat-ayat lain digunakan, mungkin ada kelemahannya.

“Lalu ia wajar dibahas. Sepatutnya kita buka untuk perbahasan supaya matlamat tercapai sebab yang penting matlamat itu,” katanya.

Bagi Khalid, beliau menyokong penuh cadangan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan RUU pindaan Akta 355 satu pandangan yang boleh dibincangkan.

Seorang pemimpin Pas, Yang Dipertua Pas Padang Serai, Kedah meminta Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyokong RUU Pindaan Akta 355 apabila dibentangkan di Parlimen nanti.

“Jika tidak, bila mati nanti kami nak tanam kat jerat (tanah perkuburan Cina),” kata Shaharuddin Ibrahim dalam kuliahnya.

Shaharuddin bagaimanapun telah menarik balik penyataan itu dan memohon maaf kepada Wan Azizah mengenai perkara itu. 

Klik untuk ikuti pandangan penuh Khalid Samad.

TAGS