Calon PM: PKR akan terus berbincang, kata Azmin

Calon PM: PKR akan terus berbincang, kata Azmin

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Keputusan Pakatan Harapan mencadangkan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden gabungan  itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan terus dibincangkan kata, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu ketika ditemui dalam satu program di Klang menyifatkan keputusan itu hanyalah cadangan dan bukannya merupakan keputusan rasmi gabungan parti-parti pembangkang itu.

“Ianya bukan keputusan tetapi hanya cadangan antara lima pemimpin teratas Pakatan Harapan.

“PKR akan terus berbincang kerana ini merupakan satu keputusan yang besar untuk meletakkan seseorang sebagai calon Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan malam tadi dipetik Utusan online.

Baru-baru ini, parti-parti dalam gabungan pembangkang dilapor bersetuju menamakan Mahathir dan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Persetujuan itu dicapai selepas cadangan untuk menamakan kedua-dua individu itu dikemukakan semasa pemukiman gabungan pembangkang yang diadakan pada 1 dan 2 Disember lalu.

Malah, beberapa pemimpin Pakatan Harapan lain difahamkan telah mengesahkan bahawa cadangan tersebut dibangkitkan semasa permukiman berkenaan namun ia perlu mendapatkan restu daripada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS