CEO Pelaburan Mara  lapor polis terhadap Rafizi dan NOW

CEO Pelaburan Mara lapor polis terhadap Rafizi dan NOW

Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Mara Berhad (PMB), Ahmad Nazim Abdul Rahman hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli serta Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW).

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahmad Nazim Abdul RahmanKetua Pegawai Eksekutif Pelaburan Mara Berhad (PMB), Ahmad Nazim Abdul Rahman hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli serta Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW).

Ahmad Nazim berkata, sejak tahun lalu, Rafizi serta badan pemantaunya itu telah berulang kali menuduh dirinya mempunyai kaitan dengan urus niaga hartanah Dudley House di Melbourne, Australia.

Beliau mendakwa ahli Parlimen Pandan itu telah mengeluarkan kenyataan fitnah pada 20 Oktober tahun lalu, 16 Februari dan Mac ini terhadap dirinya antaranya mendakwa beliau mempunyai kepentingan dalam urus niaga hartanah tersebut.

“Hari ini saya buat laporan polis terhadap Rafizi atas tuduhan yang berulang kali yang beliau lakukan ke atas saya berhubung urus niaga hartanah Dudley House.

“Saya selaku ketua pegawai eksekutif PMB tak ada kaitan secara langsung atau tidak langsung kerana syarikat PMB dan Mara Inc dua syarikat berbeza dan tak ada sebarang kuasa ke atas apa-apa keputusan yang diambil oleh Mara Inc dan pembelian hartanah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Selain itu, beliau berkata, laporan polis itu juga dibuat bagi menangkis dakwaan yang mengaitkan dirinya mempunya konflik kepentingan dalam urusniaga bangunan tersebut.

“Saya tegaskan bahawa saya tak ada kepentingan langsung. Tak ada langsung. Saya bukan pemilik atau pengarah dalam syarikat-syarikat yang dinamakan Rafizi.

“Jadi saya bukan berada dalam kedudukan konflik kepentingan dalam urusniaga ini selaku ketua pegawai eksekutif Pelaburan Mara,” katanya lagi.

Ahmad Nazim juga kini dalam proses untuk mendapatkan nasihat guaman bagi memfailkan saman sivil terhadap Rafizi ekoran tuduhan yang dibuat setiausaha agung PKR itu sebelum ini.

“Saya sedang mendapatkan nasihat guaman untuk kemungkinan failkan saman sivil ke atas Rafizi,” ujarnya.

Rafizi sebelum ini mempersoalkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang didakwa gagal untuk menuntut semula A$4.75 juta (RM14 juta pada kadar pertukaran semasa), yang terlebih bayar kepada anak syarikat milik penuhnya Thrushcross Land Holdings Limited kepada pemaju projek Wanissa Properties Pty Ltd.

Jumlah itu berkaitan dengan pembelian asrama pelajar di Dudley House di Melbourne oleh MARA pada harga A$22.5 juta (RM66.7 juta pada kadar semasa) pada tahun 2013.

Urus niaga itu didedahkan oleh akhbar harian Australia, The Age pada Jun tahun lalu.

TAGS