Chong Wei menang, Rosmah kena sorak

Chong Wei menang, Rosmah kena sorak

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Stadium Melawati Shah Alam sebentar tadi gamat dengan sorakan bu (boo) ketika Datin Seri Rosmah Mansor diumumkan akan menyampaikan hadiah kepada pemain.

Reaksi penonton selepas aksi pertemuan akhir Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata itu pada mulanya menimbulkan persoalan kepada pemain nombor satu dunia, Chen Long dari China.

Walau bagaimanapun, pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei dilihat mungkin menerangkan sesuatu kepada Chen Long.

Sekali lagi, penonton mengebu penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu sebaik diumumkan untuk menyampaikan piala kepada Chong Wei.

Insiden memalukan itu berulang lagi ketika sesi penggambaran Rosmah bersama kesemua pemain.

Siaran langsung melalui kaca TV sekaligus menyaksikan Rosmah yang tiga kali disorak bu itu jelas berwajah muram.

Terdahulu, Chong Wei menewaskan Chen Long dengan kemenangan 21-13, 21-8 dalam tempoh perlawanan hanya 20 minit.

TAGS