Coklat Daim, Toblerone selamat dimakan walau tiada sijil halal

Coklat Daim, Toblerone selamat dimakan walau tiada sijil halal

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengeluar coklat jenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.

Syarikat itu dalam kenyataannya semalam berkata walaupun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan Halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga mengeluarkan penjelasan bahawa produk makanan yang bukan pemegang sijil Halal tidak boleh dianggap tidak halal atau haram,” kata syarikat itu.

Mondelez International menyatakan semua maklumat mengenai bahan-bahan untuk menghasilkan coklat Toblerone dan Daim tertera pada pek bungkusan dan pengguna dinasihatkan merujuk kepada pek berkenaan.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh pasaran tempatan termasuk Jakim untuk memastikan produknya memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.

Pada Jumaat lepas, Jakim mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak memperoleh sijil Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf jabatan itu.

TAGS