Dakwaan terima dana RM90 juta: Tiga tuntutan rasmi Pas kepada Sarawak Report

Dakwaan terima dana RM90 juta: Tiga tuntutan rasmi Pas kepada Sarawak Report

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pas secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan lapor Harakahdaily.net hari ini.

Dalam satu kenyataan dipetik menyatakan notis tuntutan “Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation” itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016 yang dialamatkan di London.

Notis itu telah menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita Sarawak Report terbabit.

Menurut Takiyuddin, tiga perkara tersebut adalah meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report; mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh parti itu dan; menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.

Beliau turut menamakan dua pihak yang akan menyaman portal tersebut iaitu parti Pas dan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

TAGS