Dana RM42bilion: Amanah cabar Putrajaya dedahkan akaun peribadi Najib

Dana RM42bilion: Amanah cabar Putrajaya dedahkan akaun peribadi Najib

Parti Amanah Negara (Amanah) mencabar Putrajaya mengemukakan dokumen bahawa dana RM4.2 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah pemberian daripada keluarga DiRaja Arab Saudi.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Salahuddin Ayub 1Parti Amanah Negara (Amanah) mencabar Putrajaya mengemukakan dokumen bahawa dana RM4.2 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah pemberian daripada keluarga DiRaja Arab Saudi.

Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata, tindakan ini sangat penting sekiranya Putrajaya yakin bahawa Najib tidak terlibat langsung dengan skandal RM4.2 bilion tersebut.

“Maka menjadi tanggungjawab Putrajaya untuk mendedahkan dokumen tersebut secara terbuka supaya rakyat diberitahu isu sebenar berhubung skandal RM4.2 bilion itu.

“Adalah tidak mungkin bahawa transaksi yang sebegitu besar nilainya tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan daripada kedua-dua pihak.

“Penjelasan daripada Putrajaya ini juga penting kerana ia akan menentukan masa depan politik Perdana Menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 28 Mac lalu Dokumentari Australia – Four Corners memaparkan laporan apa yang didakwanya sebagai butiran akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Menurut program terbitan, Australian Broadcasting Corporatin (ABC) itu, kru penerbitannya telah melihat dokumen-dokumen bank yang dibekalkan oleh ‘sumber pada peringkat tertinggi’ yang tidak dinamakan.

Dokumen-dokumen perbankan mendedahkan aliran luar biasa dan berterusan wang antara tahun 2011 dan 2014 seperti dilaporkan.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali membebaskannya daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

TAGS