DAP akan tanding 29 kerusi Dun Sarawak

DAP akan tanding 29 kerusi Dun Sarawak

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

DAP bakal bertanding di 29 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan pada 7 Mei depan lapor  portal rasmi parti itu.

Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, keputusan itu dicapai selepas rundingan dengan pimpinan pusat Pakatan Harapan.

Menurutnya, DAP Sarawak mahu bertanding di antara 30 dan 35 kerusi Dun tetapi selepas rundingan diadakan, ia menerima keputusan pucuk pimpinan yang bersetuju dengan 29 kerusi sahaja.

Daripada 29 kerusi yang akan ditandingi DAP itu, 15 adalah kerusi majoriti Dayak yang mewakili pelbagai kaum Bumiputera termasuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Kerusi-kerusi kawasan Dun yang akan ditandingi DAP adalah: N2. Tasik Biru;N9. Padungan;N10. Pending;N12. Kota Sentosa;N14. Batu Kawah;N17. Stakan;N19. Mambong;N22. Kedup;N23. Bukit Semuja;N32. Simanggang;N45. Repok;N46. Meradong;N47. Pakan;N49. Ngemah;N51. Bukit Assek;N52. Dudong;N53. Bawang Assan;N54. Pelawan;N61. Pelagus;N62. Katibas;N64. Baleh;N66. Murum;N68.Tanjong Batu;N69. Kemena;N70. Samalaju;N73. Piasau;N74. Pujut;N75. Senadin dan;N78. Mulu

Pada pilihanraya Sarawak 2011, DAP yang bertanding 15 kerusi berjaya memenangi 12 kerusi Dun manakala PKR yang meletakkan 45 calon telah menang 3 kerusi.

Pilihanraya Sarawak kali ini menyaksikan penambahan kerusi Dun dari 71 kepada 82 selepas persempadanan semula.

 

TAGS