DAP giat latih ahli Melayu untuk calon pilihan raya

DAP giat latih ahli Melayu untuk calon pilihan raya

 

 

 

 

 

DAP sedang giat melatih dan memberi pendedahan kepada ahli Melayu yang muda sebagai persediaan untuk meletakkan mereka sebagai calon dalam pilihan raya akan datang, kata Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

DAP sedang giat melatih dan memberi pendedahan kepada ahli Melayu yang muda sebagai persediaan untuk meletakkan mereka sebagai calon dalam pilihan raya akan datang, kata Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Beliau berkata, lebih banyak calon Melayu pasti akan diletakkan dalam pilihan raya, tetapi beliau enggan mendedahkan identiti mereka.

Menurutnya, selain dilantik sebagai calon pilihan raya, ahli Melayu DAP turut menerima amanah sebagai ahli majlis di pihak berkuasa tempatan.

Katanya, pelantikan calon Melayu untuk mewakili DAP dapat mengelak parti pembangkang itu dilabel pihak luar sebagai parti yang hanya mewakili kaum tertentu.

“DAP belum dapat anggarkan berapa ramai calon Melayu akan dilantik mewakili parti, yang pasti bilangannya akan bertambah,” katanya kepada China Press sebagaimana dilapor oleh Malaysiagazette.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen turut mengesahkan lebih ramai calon bumiputera Islam akan dilantik mewakili parti pembangkang itu dalam Pilihan Raya Sarawak.

Chieng Jen berkata, DAP Sarawak tidak mahu mendedahkan jumlah calon bumiputera Islam yang ditambah kerana ia membabitkan strategi parti.

TAGS