DAP mohon tanding kerusi Dun di Kelantan, kata Wan Rahim

DAP mohon tanding kerusi Dun di Kelantan, kata Wan Rahim

DAP dijangka mencipta sejarah baharu politik negeri ini apabila memohon untuk bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-14, kata Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Beliau dipetik Berita Harian  berkata, parti tersebut telah memohon untuk bertanding di kerusi Dun.

Beliau berkata, bagaimanapun rundingan mengenai pembahagian kerusi dibuat di peringkat Pusat dan tidak melibatkan negeri.

“Ya memang ada permintaan daripada DAP untuk bertanding di Dun, di Parlimen mereka tidak minta,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Bahru hari ini.

Wan Abdul Rahim yang juga Pengerusi Amanah Negeri Kelantan berkata, pembahagian kerusi di negeri itu di antara komponen pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP itu hampir selesai.

“Cuma ada empat Parlimen yang ada pertindihan di antara AMANAH, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR,” katanya.

CATEGORIES
TAGS