DAP pertikai keputusan pandangan awam dilakukan DBKL

DAP pertikai keputusan pandangan awam dilakukan DBKL

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Lim Lip Eng mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan perjumpaan dengan penduduk sekitar Bangsar dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk membuktikan sama ada kajian berkaitan parkir letak kereta dilakukan DBKL itu menepati kehendak sebenar rakyat.

Lim berkata, DBKL sering kali membuat keputusan terbalik dalam menentukan kehendak rakyat yang mana ia dilihat bertentangan dengan tinjauan yang dilakukannya sendiri dikalangan penduduk dua kawasan tersebut.

“Sebab utama kedangkalan ini ialah para penjawat awam bertindak atas arahan sesuka hati menteri mereka, di mana keutamaan diberikan kepada apa yang diarahkan oleh bos-bos mereka dari Umno, selepas itu baru lah keresahan rakyat diambil peduli.

“Tentang penerimaan baik penduduk Bangsar dan TTDI, tinjauan saya sendiri ketika bertemu penduduk setempat mendapati sebaliknya. Bukan sahaja mereka tidak suka dengan kenaikan tersebut, mereka juga memaki hamun tindakan DBKL.

“Maka saya adad soalan untuk Datuk Bandar – berapa ramai rakyat biasa tidak bergelar Datuk di Bangsar dan TTDI yang ditinjau dalam survey itu dan adakah ia dilakukan di hotel bertaraf lima bintang sambil makan malam atau di tepi-tepi jalan berhampiran meter letak kereta?

“Bagi membuktikan bahawa kenaikan kadar parkir DBKL adalah popular di kalangan penduduk Bangsar dan TTDI, saya mencabar Datuk Bandar untuk mengadakan pertemuan secara town-hall dengan orang ramai berkenaan perkara ini dengan secepat mungkin,’ ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Lim, DBKL hanya melaksanakan maklumbalas itu selepas kadar parkir dinaikkan, dan bukan sebelum ia dilaksanakan dan tinjauan pandangan awam itu dilakukan juga selepas projek Taman Tugu diluluskan yang bernilai RM650 juta.

Semalam Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz mengumumkan bahawa maklumbalas yang diterima DBKL melalui tinjauan di Bangsar dan TTDI menunjukkan bahawa penduduk di kedua-dua kawasan ini gembira dengan kadar letak kereta yang baru.

TAGS