DAP Selangor sedia beri masa  pihak yang masih berunding

DAP Selangor sedia beri masa pihak yang masih berunding

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tiada guna mematuhi agenda satu lawan satu, namun ditikam oleh mana-mana pihak yang ‘mungkin terpikat dengan tawaran istimewa daripada Umno dan Barisan Nasional, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Beliau dipetik berkata, DAP memahami kepentingan satu lawan satu. Oleh sebab itu, parti itu setuju berikan masa untuk pihak-pihak yang masih ingin berunding dengan parti berkaitan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada Pas yang memilih untuk tidak mengecam tindak-tanduk Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan memboikot perhimpunan aman Bersih 5 pada 19 November ini.

“Permuafakatan ini telah dicapai dan diumumkan dalam Konvensyen Pakatan Harapan semalam di mana tarikh tamat akan ditetapkan untuk perunding tersebut,” jelasnya ketika berucap pada Konvensyen DAP Negeri Selangir semalam seperti dilaporkan Roketkini.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga tidak turut berkata telah mengarahkan akar umbi jentera DAP Selangor memberi sokongan kepada Amanah.

“Saya ingin mengarahkan supaya kesemua akar-umbi dan jentera pilihanraya DAP Selangor mencontohi semangat kami di Sungai Besar dan memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada kawasan-kawasan yang akan ditandingi oleh Amanah, dan juga kami tak lupa, PKR dalam pilihanraya yang akan datang,” ujarnya.

Menurutnya kemenangan Amanah adalah sangat penting kerana tanpa memastikan kemenangan Amanah, dan mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh PKR, Pakatan Harapan akan hilang kuasa kerajaan negeri Selangor.

Beliau turut mengingatkan supaya para pekerja parti tidak berputus asa dan terus berjuang demi sebuah Malaysia yang adil dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

“Apabila pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang dan mediang Karpal Singh pun boleh tewas di kerusi mereka pada tahun 1999, mereka tentulah berhak berputus asa kerana kekecewaan selepas perjuangan berpuluh-puluh tahun.

“Kerana keazaman merekalah, hari ini kita dapat melihat sedikit kemungkinan, untuk menewaskan Barisan Nasional.
“Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad pun mahu berdiri bersama musuh lamanya Saudara Lim Kit Siang untuk berada di pihak yang benar dalam sejarah. Apa lu mau lagi?” soal Pua.

TAGS