DAP tolak syor persempadanan walaupun kawasannya makin selamat

DAP tolak syor persempadanan walaupun kawasannya makin selamat

DAP menolak syor persempadanan kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun diakui tidak banyak menjejaskan parti itu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Forum Mega 2016 sempena ulang tahun Amanah

DAP menolak syor persempadanan kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun diakui tidak banyak menjejaskan parti itu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, kajian semula persempadanan berkenaan dilihat hanya membolehkan Umno menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Daripada analisa awal kita, DAP mungkin tidak terjejas besar kerana dia (SPR) memusatkan pengundi-pengundi Cina di kawasan yang dimenangi DAP sebelum ini tetapi DAP tetap membuat keputusan menolak cadangan persempadanan ini.

Sambutan luar biasa dari penonton“DAP bukan sahaja melihat faktor kemenangan sendiri. Kita juga mahu PKR menang. Kita mahu Amanah menang. Kita hendak Pakatan Harapan menang,” tegasnya pada Malam Gema Amanah sempena Sambutan Setahun Amanah di Muar, Johor malam tadi.

Beliau menyifatkan SPR sebagai “Umno Bahagian SPR” apabila meneruskan kesinambungan Umno melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Buat kali pertama dalam sejarah persempadanan semula kawasan pilihan raya Malaysia, parti komponen BN bantah. MCA bantah. Gerakan bantah.

“Dia (SPR) hendak memusatkan pengundi-pengundi Melayu supaya kawasan-kawasan yang kuat menyokong BN ditempatkan di kerusi-kerusi Umno yang marginal bagi memenangkan Umno,” tegasnya.

Dalam hal berkaitan, Anthony berkata, DAP cukup yakin Amanah mendapat tempat dalam politik Malaysia kerana pendekatan yang inklusif dan sederhana.

“Saya lihat balik sejarah DAP apabila ditubuhkan pada 18 Mac 1966 kita kalah dalam semua pilihan raya kecil tetapi kali pertama masuk PRU tahun 1969, DAP menang 13 kerusi Parlimen.

“Saya yakin Amanah juga akan dapat mencapai kejayaan pada PRU14,” ujarnya diikuti tepukan gemuruh lebih 1,000 ahli dan penyokong Amanah di Pusat Konvensyen Y-Square Connexion di Bakri.

Beliau turut menegaskan politik Malaysia mesti berlandaskan kepada sokongan semua kaum.

“Kita tidak mahu mana-mana kawasan hanya memusatkan majoriti satu-satu kaum. Bagi kita parti yang mengharapkan sokongan satu-satu kaum sahaja parti itu tiada masa depan dalam politik Malaysia.

“Itu sebab bagi saya penubuhan Amanah menyambung perjuangan kita yang belum selesai lagi,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengakui Amanah menghadapi banyak cabaran termasuk kononnya tidak kekal lama.

“Sama juga kami ditohmah, diejek dan diperlekeh oleh Umno ketika hendak menubuhkan parti selepas Anwar Ibrahim dipecat dengan meramalkan hayat kami tidak lebih daripada tiga bulan. Hari ini kami ada 30 ahli Parlimen.

“Oleh itu, saya optimis dan memberi sokongan kepada Amanah,” ujar Saifuddin lagi.

TAGS