DAP ucap takziah atas pemergian Dr Haron Din

DAP ucap takziah atas pemergian Dr Haron Din

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

DAP menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Dr Haron Din yang meninggal dunia di Hospital Stanford University California sekitar jam 10 pagi, waktu Malaysia.

Ucapan takziah tersebut disampaikan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan ringkas.

“Walaupun ada kalanya berbeza pendapat dari segi politik, DAP mengiktiraf peranan Allahyarham sebagai tokoh penting dalam medan politik dan dakwah negara.

“Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dipetik Roketkini.

Allahyarham Haron Din ialah Mursyidul Am PAS, menggantikan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Berusia 76 tahun, beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi setelah menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

TAGS