Dari gali liang hingga semadi, khidmat terakhir Zaidy untuk pemandunya

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Zaidy turut menggali pusara EadyExco Selangor, Zaidy Abdul Talib adalah insan yang paling sedih semalam apabila driver pribadi beliau, Razimi Salleh atau Eady, meninggal dunia secara tiba-tiba.

Eady yang menjadi driver Zaidy sejak dua tahun lalu meninggal dunia jam 11.45 malam kelmarin meninggalkan seorang isteri dan seorang bayi perempuan berumur 5 bulan.

Padahal, Eady sejak dari jam 8.00 pagi hingga malam bersama Zaidy  menjalankan tugasnya.

Sejak dari menggali liang lahat sehingga menyemadikan jenazah Eady, Zaidy telah memberikan khidmat untuk pemandunya itu buat kali terakhir selepas Allahyarham berkhidmat untuknya.

Semoga Allah menerima segala amal baik Eady. Alfatihah.

 

 

  

 

 

 

Zaidy turunkan Eady ke pusara

 

 

TAGS