Datuk Baharom, pengasas Umno Gelang Patah isytihar keluar parti

Datuk Baharom, pengasas Umno Gelang Patah isytihar keluar parti

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengerusi tetap Umno bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengisytiharkan keluar parti dalam persidangan perwakilan bahagian berkenaan pagi ini.

Beliau adalah bekas ketua Umno bahagian Gelang Patah dan bekas Exco kerajaan negeri Johor.

Persidangan perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah“Umno bahagian Gelang Patah yang ku tubuhkan selaku Ketua Penaja 1994 dan sebagai Adun 1995-2004…  ku isytihar keluar dari menjadi ahli semasa berucap sebagai Pengerusi Tetap di mesyuarat perwakilan Umno Gelang Patah 10 Sep 2016,” tulis Datuk Baharom pada sataus facebooknya.

Beliau yang kini amat kecewa dengan kepimpinan Umno menganggap Umno telah rosak di bawah kepimpinan Datuk Seri najib Razak sekarang.

“Umno sekarang bukan lagi parti orang Melayu tapi sudah jadi parti milik Datuk Seri Najib yang tidak boleh diselamatkan lagi,” katanya.

TAGS