DBKL rancang parkir bertingkat automatik di PPR

DBKL rancang parkir bertingkat automatik di PPR

Kementerian Wilayah Persekutuan sedang mengkaji pelaksanaan parkir automatik bertingkat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara bagi mengatasi masalah kekurangan parkir di kawasan berkenaan.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kajian tersebut yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjadikan PPR Kerinchi sebagai projek perintis dalam memudahkan pergerakan trafik di kawasan tersebut yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.

“Walaupun parkir bertingkat di 12 PPR akan diwujudkan pada tahun ini dan tahun hadapan, namun kali ini kami merancang untuk mewujudkan parkir bertingkat berkonsepkan ‘decking’ di mana ia boleh beroperasi secara automatik dalam menjadikan pergerakan kenderaan lebih cepat dan mudah sebagaimana yang telah ada di negara Jepun dan Korea.

“Kita juga akan meningkatkan bilangan parkir di situ… jika tempat itu (PPR) sudah ada parkir, kita tingkatkan jumlahnya sehingga dua ke tiga kali ganda. Setakat ini, DBKL masih membuat penilaian kawasan mana yang sesuai untuk diadakan kemudahan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Bantu Rakyat Lembah Pantai di PPR Kerinchi, hari ini.

{loadposition myposition}

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi membantu masyarakat India yang kurang berkemampuan di sekitar ibu negara untuk membeli rumah mampu milik.

Setakat ini kami telah memberikan pinjaman penuh tanpa bayaran deposit kepada pembeli di 400 unit Residensi Pandanmas dan mereka hanya perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM250 sebulan. Bangunan kediaman itu dijangka siap penghujung bulan ini.

Kerajaan juga merancang menawarkan perkhidmatan bantuan ini kepada masyarakat miskin bandar kaum Cina dan Melayu dalam menolong mereka mendapatkan rumah sendiri, katanya.

Mengenai program Jom Bantu Rakyat Lembah Pantai, Tengku Adnan berkata sebanyak 30 agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi mengadakan pameran dan menyediakan perkhidmatan

CATEGORIES
TAGS