Deklarasi Rakyat: Tahniah Pakatan Harapan

Deklarasi Rakyat: Tahniah Pakatan Harapan

Deklarasi Rakyat mengucapkan jutaan tahniah kepada Pakatan Harapan (Harapan) yang telah mengumumkan kepimpinan tertingginya secara konsensus.

Koordinator Deklarasi Rakyat Khairuddin Abu Hassan berkata, ini membuktikan kepada rakyat bahawa perpaduan yang terjalin sesama pemimpin-pemimpin dari pelbagai parti-parti politik di bawah Pakatan Harapan amat mantap.

Khairuddin Abu Hassan 1“Reaksi keseluruhan rakyat di peringkat akar umbi amat memberangsangkan kerana tohmahan tidak berasas dari umno serta BN yang menyatakan dalam Pakatan Harapan sukar mencapai kata sepakat lesu sama sekali.

“Pembohongan demi pembohongan oleh umno serta BN didapati meleset sama sekali!! Mereka cuba nenipu rakyat seolah-olah dalam Pakatan Harapan tidak boleh bersatu dan kini terbukti di sebaliknya,” katanya dalam kenyataan.

Khamis lalu Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat begitu teruja dengan barisan kepimpinan tertinggi Harapan yang akan berjaya mengemudikan barisan pembangkang untuk tawan putrajaya.

Belliau yakin pengalaman Mahathir mencapai kejayaan lima penggal berturut-turut dengan majoriti 2/3 dalam parlimen akan berulang kembali pada pilihan rataya umum ke-14 (PRU14).

“Saya dari awal dah katakan bahawa Mahathir amat ikhlas dengan Anwar.

“Apabila Mahathir Mohamad bersetuju untuk berjumpa dan bersalaman dengan dato seri anwar ibrahim di mahkamah memberi petunjuk awal yang cukup jelas akan jiwa besar kedua-dua tokoh negarawan itu.

“Kehadiran Mahathir ke kongress reformis 1998 merupakan kemuncak keikhlasannya untuk bergandingan semula dengan Anwar.

“Ini bukan gimik politik tetapi ianya adalah realiti politik untuk tawan putrajaya selepas PRU14 dari kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh perdana menteri paling korup,” katanya.

Malah katanya, ahli-ahli Umno serta Pas di peringkat akar umbi turut menghargai keikhlasan Mahathir dan Anwar yang sanggup ketepikan perbedaan pendapat politik sesama mereka demi perjuangan untuk selamatkan malaysia.

“Keseluruhan orang-orang melayu di kampung-kampung amat menghargai perkembangan mutakhir hubungan akrab Mahathir dengan Anwar,” katanya.

“Inilah keistimewaan kedua-dua tokoh negarawan yang meletakkan kepentingan bangsa, agama serta negara di atas segala-galanya.

“Kita harus merestui secara ikhlas gandingan kedua Mahathir dan Anwar untuk tawan Putrajaya seterusnya selamatkan malaysia demi kesejahteraan keseluruhan rakyat jelata,” katanya.

TAGS