Demo depan SUK desak serah air Kelantan kepada Pusat

Demo depan SUK desak serah air Kelantan kepada Pusat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Sekumpulan mendakwa kumpulan NGO Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (RESTORASI) mengadakan demontrasi di perkarangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan pagi ini menuntut kerajaan negeri menyerahkan pengurusan air kepada pihak kerajaan Pusat.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Shahbudin Hashim berkata pihaknya mengalu-alukan program MIGRASI bagi memberi laluan kepada sebuah syarikat di bawah kementerian kewangan mengambil bahagian dalam menguruskan perkhidmatan bekalan air di Kelantan.

“Kita menuntut Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub memberi jaminan untuk merombak pengurusan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) bagi memudahkan proses ini,” katanya.

Menurutnya urusan bekalan air ini hendaklah diurus bersama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dan parti-parti politik jangan campurtangan.

“Kalau pengurusan air yang ada sekarang kekal, orang Kelantan kata ‘air tetap berkarat’ walaupun pitih (peruntukan dana) diluluskan oleh pihak pusat,” katanya.

Beliau turut perli AKSB dengan kata-kata “Air kkarat Sokmo Bohh”.

Sementara itu Parti Sosialis Malaysia (Kelantan) yang tidak bersetuju dengan demonstrasi itu menyatakan PSM Kelantan mencadangkan satu perbincangan secara yang lebih rasional

“Satu sesi perbahasan di antara semua pihak perlu diadakan,” kata Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (Kelantan) Khairul Nizam Bin Abd Ghani melalui kenyataan medianya.

PSM Kelantan katanya berharap kerajaan negeri tidak menafikan atau menyembunyikan masalah ini.

“Hentikan politik reactionary, kembali kepada politik material. Kongsikan masalah ini dengan semua anak negeri, dan kita pakat-pakat mencari penyelesaian bersama,” katanya.

TAGS